LIFE FULL OF STORIES
Saya tak mengharapkan seseorang yang sempurna, kerna saya tahu saya tidak sesempurna mana. take a note.
Thursday, 27 September 2012
NAMPAK ? penat.
1. ALLAH
2. FAMILY
3. BFF
4. FRIENDS
5. YOU
tadi, kau cakap macam tu kat aku. kau nombor lima dalam hati aku. kau cakap kau kat tempat last sekali. kau cakap kau tak penting.
oh pleaaseeee... dalam hati mana ada nombor weh. tolong lah tak payah nak letak nombor kat diri sendiri. untuk aku, korang semua datang dan pergi. semua penting. cuma... tiap-tiap orang kan ada hidup sendiri. aku tak boleh harapkan family aku sentiasa ada masa aku macam tu macam ni. aku tak boleh berharap pada bff aku je. aku tak dapat berharap kat kawan je. sedara aku bukan selalu ada. kau pun sama.
semua orang penting. sebab tu aku perlukan semua. SEMUA. bila dia takde, kau ada. bila kau takde, dia ada. kau pun selalu ada masa aku perlukan seseorang.
tolonglah..... jangan letak nombor untuk diri sendiri. sampai bila-bila pun susah nak dapat nombor 1.
aku penat weh. and takde siapa boleh tentukan siapa penting, siapa tak penting dalam hidup orang lain. orang yang tak penting untuk kau mungkin terlalu penting untuk aku. aku minta maaf. aku dah penat dengan semua ni. hati orang lain-lain. kau tak boleh lah nak ada kat satu pihak je.
Friday, 21 September 2012
what ? love?
Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah saya yang sebenarnya..
Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.
Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga " -:'(
Saturday, 15 September 2012
saya tak sempurna, tahu ? --'
Aku ni tak sempurna. tahu? aku sendiri pun tahu diri aku tak sempurna. jadi, jgnlah berharap utk aku menjadi sentiasa sempurna di depan orang lain. aku jugak pernah buat keputusan yg salah dlm hidup. seperti.... memilih utk kuar dari sekolah kawalan dan masuk sekolah harian biasa masa form 1 dulu. dan sekaligus merubah masa depan aku daripada seorang pelajar cemerlang kepada seorang pelajar pemalas! aku sendiri tahu kemampuan belajar aku setakat mana, tapi aku sendiri jugak tahu bahawa aku malas untuk memaksa diri aku pada tahap yg tertinggi yang aku tau aku mampu...
aku ni tak sempurna. tahu? aku sendiri tahu aku bukanlah seorang anak yg sempurna. tapi aku masih berusaha utk menjadi anak yang baik walaupun masih tidak sempurna. aku jugak pernah buat keputusan yang salah seperti... menipu ayah dan emak semata2 untuk keluar dgn kawan2..
aku ni tak sempurna. aku mungkin kasar. aku mungkin kurang ajar. aku mungkin tak sopan. aku mungkin selekeh. aku mungkin tak cantik. aku mungkin dah kecikkan hati ramai orang. aku mungkin dah kecewakan ramai orang. segala2 mungkin yang membuatkan aku sangat tak sempurna. tapi sekurang2nya, aku berusaha menjadi yang terbaik yang aku mampu walaupun setelah melalui fasa2 dan pilihan yang salah dalam hidup aku..
dan kali ni.. aku berhadapan dengan satu lagi pilihan yg perlu aku buat.. yang pasti, apa sekali pun keputusan yang aku buat, ia pasti merubah hidup aku, diri aku dan keluarga aku secara keseluruhan. aku tak sempurna. jika pilihan yang bakal aku buat nanti itu salah, ia hanyalah salah satu daripada ketidaksempurnaan aku.. yang tak bole aku nak elak.
Saturday, 5 May 2012
Diri seseorang =='
solusi. :)
Dia teman baik saya.
Dia teman luahan saya.
Ketika kepercayaan saya tiada untuk manusia. Di dadanya penuh tangisan saya. Dan ketawa saya juga di sini. ^^,
Ia tentang saya.
Hidup saya. Rasa saya.
Dengan harapan mereka tahu.
Mereka mengerti.
Inilah saya. Beginilah cara saya.
Saya tidak sempurna. Bahkan bukan sesolehah mana.Namun, keinginan saya itu tetap ada.
Solehah yang sempurna.
Saya cuba. Dan cuba.
Hingga ke akhirnya.
__________
Impi saya untuk begini :
- Manis mukanya tetapi bukannya mengada-ngada.
- Lembut orangnya tetapi bukannya lembik.
- Tegas dirinya tetapi bukannya garang.
- Tetap pendiriannya tetapi bukannya tidak menerima pandangan sekelilingnya
- Berlapang dada jiwanya tetapi bukannya menerima maklumat lalu telan tanpa tanda tanya.
---------------
Kalian baca dan nilai.
Tegur dan nasihat apa yang perlu.
Saya mahu katakan ia berkali-kali.
Saya tulis apa yang saya rasa.
Dan saya coret apa yang saya fikir. :)
Kalaulah AWAK tahu
Tak tahu lah kenapa tiba-tiba nak pula update blog, dan taktahu kenapa saya teringat kat awak kawan. awak saya rindukan senyum awak, rindukan suara awak, rindukan bebelan awak, rindukan semuanya. hm kami tahu mybe kami salah, tapi kami dah minta maaf, saya taknak bergaduh, ni last year sayang :'( please maafkan kami, awak ingat tak kita buat video dekat class, menyanyi lagu KENANGAN TERINDAH. ya Allah saya rindukan semua tuu. saya tahu awak susah nak maafkan kami, saya, fatin, elyn, rindukan awak marinah. rindu sangat sangat, awak jangan benci kan saya dengan kawan yang lain, saya mohon. awak, awak dah lupa segala kenangan kita ? awak, saya tahu hati awak lembut, yaa lembut menerima kemaafan, demi allah kami takda niat lain untuk awak sayang, mybe awak tak perasan kan, takpe saya faham. Marinah, kami cintakan awak, kami sayangkan awak, selalu 4 orang, sekarang dah 3 orang jee, kami sunyi :'( ya Allah, ampunilah dosa dosa kami sekawan, leraikan segala masalah diantara kami dan MARINAH, kekalkan perhubungan ini,. saya taknak stop berkawan dengan cara ni, saya taknakkkkkkkk. ya Allah bantulah kami :'( baru saya ingat tahun ni boleh belajar dekat tahfiz sama - sama, tapi macam ni pula jadinya, saya taknak. mybe Allah tak izinkan. tapi bila satu hari nanti awak berubah hati, awak carilah kami, kami tetap tunggu awak, saya tak tahu kenapa permasalahan ni sampai macam ni sekali, bukan ni yang kami minta, tapi ni semua KETENTUAN ALLAH SWT. kami terima. saya cuma nak bagitahu saya rindukan awak, saya rindukan awak :'()apa apa pun saya nak bagitahu. terima kasih sebab jadi kawan saya ;)
CINTA DAN PENGORBANAN :'(
Awak tahu tak
saya tak pernah lupakan awk
Dan
Bohong lah kalau saya kata saya tak pernah rindukan awk
Bohonglah kalau saya kata saya tak pernah sayangkan awk
Bohonglah kalau saya kata saya tak pernah cintakan awk
Tapi saya harus sedar antara kita sudah tiada apa2 lagi
Awak bukan lagi milik saya
Sejauh mana sekalipun saya mengharap
Semuanya tak akan pernah kembali seperti dulu
Mahu tak mahu kehidupan ini harus di teruskan
Kerana saya masih punya keluarga..rakan2
Dan mereka yg masih lagi menyayangi diri ini
Pesan saya cintailah dirinya
Seperti mana saya pernah mencintai awak
Sayangilah dirinya seperti mana
Saya pernah menyayangi awak
Jagalah dirinya seperti mana
Saya pernah menjaga diri awak
Suatu ketika dulu
Jangan pernah sakiti hatinya
Jangan pernah khianati cintanya
Dan jangan sesekali tinggalkan orang yang awak cinta
Untuk orang yang awak sayang
Jika ada kekurangan pada diri si dia
Jadikan lah kekurangan itu sebagai kelebihan
Yang tidak pernah ada pada orang lain
Angggap lah bercinta dan berkongsi kasih sayang denganya
Ialah peluang kedua untuk menjadi kekasih yang lebih baik
Malah jika benar cinta awak itu kepadanya
Maka berdoa lah semoga ia menjadi kekasih halal awak
Agar cinta awak dan dia
Terus di redhai allah di dunia dan di akhirat
Mungkin si dia bukan yang pertama bagi awak
Tapi biarlah si dia yang terakhir buat awak
Ingat jangan di cari lagi cinta yang telah tersedia ada
Tapi jaga lah ia
Kerana sedalam mana pun cinta itu
Akan hilang kalau tak di jaga
Seperti mana ianya terjadi
Di antara saya dan awak...
Sesungguhnya cinta semalam lah
Yang menjadikan siapa diri kita pada hari ini
Doa saya sentiasa mengiringi kebahagiaan awak dan dia..
Semoga saya juga akan dapat kebahagiaan yang sama suatu hari
nanti... amin...."
saya rindukan awak :'(
Saturday, 14 April 2012
HIDUP INI UJIAN.
Assalamualaikum. Hari makin hari, pengalaman bertambah. Daripada kita tak tau sesuatu perkara, jadi kita tau. Daripada kita tak boleh buat, jadi kita boleh buat.
Sama juga dengan ujian. Semakin kita "manusia yang hebat", semakin berat ujian yang menimpa. Bukan mudah untuk sabar dan tabah. Dari SABAR lah lahirnya TABAH. Alangkah hebat manusia yang sangat-sangat sabar akan ujian yang menimpa dia. Dia boleh hadapi ujian dengan tenang dan tau macamana nak selesaikan sesuatu masalah. Paling penting, dia selalu ingat Allah.
Mungkin bagi kita hal sabar itu sesuatu yang remeh, tapi sabar itu sesuatu yang di sisi Allah adalah sifat yang mulia. Mungkin boleh juga kita contohkan dengan pejuangan. Kita melihat ada manusia yang tetap istiqamah dalam perjuangan yang dibawa. Tidak kisahlah sama ada perjuangan itu yang haq atau yang bathil.
Manusia yang memperjuangankan yang haq sering mendapat ujian berupa kesusahan. Allah menguji mereka dengan ada manusia yang tidak menyukai apa yang mereka bawa seperti dakwah. Manusia yang tidak suka itu bersungguh-sungguh menghalang dakwah mereka. Tapi, mereka tetap sabar dan tabah dan sentiasa berserah kepada Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang akan memenangkan mereka jika Allah menghendaki.
Manusia yang memperjuangkan kebathilan pula Allah uji dengan kesenangan dan kemewahan dunia. Sehingga mereka lebih cintakan dunia daripada Allah dan Rasul. Apa yang mereka kata berupa dusta dan sia-sia. Jika mereka kata sesuatu yang berkaitan dengan Islam, boleh jadi itu hanyalah untuk mendapat pujian dan undi atau lebih kepada nak orang percaya.
Hidup ini banyak ujiannya. Senang itu juga ujian. Bersyukurlah kita saat Allah menguji kita. Bersyukurlah kita ketika apa pun masanya. Bahkan setiap detik kehidupan kita ini ujian. Allah tidak akan menguji hamba-Nya tanpa kemampuan hamba-Nya untuk menghadapi ujian itu.
Ada manusia yang nak Islam, nak perjuangkan Islam tapi cara mereka salah. Mereka memandang beberapa konsep yang HARAM itu HALAL. Bahkan ada juga daripada mereka yang sedar akan kebathilan itu. Bukankah kita kata Rasulullah itu wajib kita teladani?
Jika Rasulullah itu suri tauladan kita, wajib bagi kita untuk ikut segala yang wajib yang Rasulullah buat. Kalau tidak, 100% kita telah melakukan kebathilan. Pilihan yang kita buat mestilah tepat dan tidak dimurkai Allah. Jika kita tersalah pilih, kembalilah kepada kebenaran. Wallahu'alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)





