Saya tak mengharapkan seseorang yang sempurna, kerna saya tahu saya tidak sesempurna mana. take a note.
Saturday, 15 September 2012
saya tak sempurna, tahu ? --'
Aku ni tak sempurna. tahu? aku sendiri pun tahu diri aku tak sempurna. jadi, jgnlah berharap utk aku menjadi sentiasa sempurna di depan orang lain. aku jugak pernah buat keputusan yg salah dlm hidup. seperti.... memilih utk kuar dari sekolah kawalan dan masuk sekolah harian biasa masa form 1 dulu. dan sekaligus merubah masa depan aku daripada seorang pelajar cemerlang kepada seorang pelajar pemalas! aku sendiri tahu kemampuan belajar aku setakat mana, tapi aku sendiri jugak tahu bahawa aku malas untuk memaksa diri aku pada tahap yg tertinggi yang aku tau aku mampu...
aku ni tak sempurna. tahu? aku sendiri tahu aku bukanlah seorang anak yg sempurna. tapi aku masih berusaha utk menjadi anak yang baik walaupun masih tidak sempurna. aku jugak pernah buat keputusan yang salah seperti... menipu ayah dan emak semata2 untuk keluar dgn kawan2..
aku ni tak sempurna. aku mungkin kasar. aku mungkin kurang ajar. aku mungkin tak sopan. aku mungkin selekeh. aku mungkin tak cantik. aku mungkin dah kecikkan hati ramai orang. aku mungkin dah kecewakan ramai orang. segala2 mungkin yang membuatkan aku sangat tak sempurna. tapi sekurang2nya, aku berusaha menjadi yang terbaik yang aku mampu walaupun setelah melalui fasa2 dan pilihan yang salah dalam hidup aku..
dan kali ni.. aku berhadapan dengan satu lagi pilihan yg perlu aku buat.. yang pasti, apa sekali pun keputusan yang aku buat, ia pasti merubah hidup aku, diri aku dan keluarga aku secara keseluruhan. aku tak sempurna. jika pilihan yang bakal aku buat nanti itu salah, ia hanyalah salah satu daripada ketidaksempurnaan aku.. yang tak bole aku nak elak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment